Razak Baginda’s wife hinting something?

This morning i was quite perplexed by the recent commentary on the Razak Baginda case. It seems that the urbane, well-connected, london-educated socialite and political strategist knows something we dont. Apparently this comes about from hints laid on by his wife during her short scrummage with the press as he tries to hug and give solace to his suffering husband.

Please refer to the article below…The article in Malay quotes some of the statement given by Abdul Razak Baginda’s wife when he was able to see his husband.The wife of Mr Razak Baginda is Mazlinda Makhan, who is an ex-magistrate in the civil courts, so obviously she knows a thing or two about the law.

I have highlighted her statement and the statement of Razak Baginda’s lawyer to separate the jargon from the really important juicy bit.

I have not been involved with UMNO and Malay politics for long, but one thing is a rule of thumb in Malaysia; nothing happens/gets coverage in the mass media without the nod from the man upstairs. So in saying that, there must be something going on, or someone is out for the chop! If you look at the last high profile case, (i.e Noritta Samsudin’s murder) speculation has it that it was highlighted to ensure some elements (when i say elements i mean political figures) were subdued within UMNO as they were also involved in doing the “dirty beast with two backs” with the aforementioned victim.

Imagine the scandal! Well i can sure imagine who is in the firing line now! So for this political figure, it is a matter or kow-towing or dying a horrible death! And for the record, he is not well-known for being a fighter, rather a man that has everything served on a plate to him; ministerial posts and women included.

Can you guess who i am talking about yet?! Anyway……details of the article shown below: i suggest you read the statement by Razak’s wife highlighted in red to see my point!
07/12: Razak Baginda didakwa terima komisyen pembelian kapal selam

Abdul Aziz Mustafa

Harakahdaily

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mendakwa, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh penganalisa politik, Abdul Razak Baginda telah menerima komisyen yang besar dalam urusniaga ratusan juta ringgit yang membabitkan pembelian kapal selam. Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Lim (DAP-Ipoh Timor) juga mendakwa, Abdul Razak yang juga mengetuai sebuah badan pemikir khusus dalam isu strategik dan pertahanan terbabit dalam urusniaga bernilai RM4.1 bilion antara pihak kerajaan dengan syarikat usaha Perancis-Sepanyol, Armaris, lapor Malaysiakini. Di bawah urusniaga tersebut, kerajaan akan, antara lain, membeli dua kapal selam Scorpene dan kapal selam Agosta dari Armaris. Lim mahu tahu status urusniaga tersebut ekoran penangkapan Abdul Razak berkaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Penganalisa politik itu minta dibicarakan atas tuduhan bersubahat. Wartawan Harakahdaily, Wan Nordin Wan Yaacob sebelum ini melaporkan, Lim mahu kerajaan menjelaskan status pembelian kapal selam dari hasil kerjasama dan gabungan antara negara Perancis dan Sepanyol yang bernilai RM4.1 billion.

Beliau memberitahu dewan bahawa penyerahan kapal selam tersebut pada asasnya dijadualkan pada awal tahun 2007, bagaimanapun setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melawat ke negara tersebut, tarikh penerimaan diubah kepada tahun 2009. Lim juga mahu Kementerian Pertahanan menjelaskan soal komisyen sejumlah AS$100 juta dalam urusniaga pembelian kapal selam tersebut yang difahamkan membabitkan urusan dengan Abdul Razak. “Siapa yang dapat komisyen itu, ini perlu dijawab, dan mengapa komisyen itu diberi. Siasatan terbuka perlu dilakukan di atas pemberian komisyen itu kerana kita bimbang dengan tragedi terbaru yang berlaku membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantunya Shaaribu yang difahamkan menggunakan senjata bom yang canggih,” katanya. Malaysiakini seterusnya melaporkan, Kementerian Pertahanan menafikan telah membayar AS$100 juta (RM370 juta) kepada sebuah syarikat Malaysia sebagai bayaran komisyen. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin mengakui kerajaan telah menandatangani satu kontrak bernilai Euro 114 juta (kira-kira RM490 juta) dengan sebuah syarikat bagi tujuan perkhidmatan sokongan dan penyelarasan. Bagaimanapun, katanya, tiada wang dibayar kepada syarikat berkenaan seperti yang didakwa oleh Lim. Zainal Abidin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Lim itu sewaktu membahaskan Bajet 2007. Beliau berkata, kapal selam pertama dijangka diserahkan pada bulan Julai 2009 dan diikuti oleh kapal selam kedua tujuh bulan kemudiannya. Lim mencelah dan bertanya sama ada satu siasatan bebas akan dijalankan dan juga siapakah “yang sebenarnya mendapat faedah” daripada urusniaga tersebut. Katanya, komisyen tersebut mungkin dibayar oleh Armaris, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam harga muktamad yang perlu dibayar oleh kerajaan. Zainal Abidin mengulangi bahawa kerajaan tidak membayar sebarang komisyen kepada syarikat tersebut, sambil menegaskan bahawa kerajaan bersih dan perbelanjaannya diaudit.Tambahnya, Lim boleh membuat aduan kepada pejabat Ketua Audit Negara atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika beliau mempunyai bukti mengenainya.


Enggan ulas C4

Zainal Abidin juga enggan mengulas sama ada bahan letupan plastik C4 yang didakwa digunakan untuk meletupkan badan wanita Mongolia itu diperolehi daripada simpanan senjata kerajaan. “Kita serahkannya kepada siasatan pihak polis,” katanya, walaupun berkali-kali dipaksa oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya menjawab soalan tersebut. Lim berkata, Kementerian Pertahanan seharusnya dipertanggungjawabkan kerana bahan letupan C4 hanya boleh diperolehi oleh anggota tentera dan anggota polis tertentu sahaja. Isu tersebut sebelumnya dibangkitkan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan awam, memandangkan bahan letupan seumpama itu, yang didakwa digunakan dalam kes pembunuhan itu, mudah diperolehi. Beliau juga mahu tahu sama ada bahan yang dilaporkan diguna untuk menyembur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu Julai lalu, diperolehi daripada simpanan senjata kerajaan kerana beberapa anggota tentera telah disoalsiasat oleh pihak polis.


Jarang berlaku


27 November lalu, Salahuddin mengemukakan usul untuk membincangkan ikat jamin yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kepada Abdul Razak. Ketua Pemuda PAS itu meminta Dewan Rakyat membincangkan isu ikat jamin itu kerana ia amat jarang berlaku memandangkan Abdul Razak menghadapi tuduhan dalam kes bunuh yang jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori. Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Beliau juga membangkitkan bahawa kes pembunuhan Altantuya telah menarik perhatian bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa. “Saya merasakan bahawa kita sebagai ahli Dewan yang mulia ini dan juga sebagai penggubal undang-undang ini perlu diberi penjelasan yang sewajarnya. Adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk kita semua memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap isu ini dan keadilan dapat ditegakkan dalam negara kita,” katanya. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul Salahuddin itu berkata keputusan mahkamah dalam memberi ikat jamin itu adalah mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata tugas mahkamah apabila mengeluarkan ikat jamin ialah bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah pada hari yang ditetapkan. “Oleh itu keputusan mahkamah adalah mengikut lunas undang-undang dan pada pendapat saya tidak ada keperluan lagi membangkitkan perkara ini,” katanya.

Tidak mahu jadi Perdana Menteri


Kes yang melibatkan Abdul Razak, 46, disifatkan amat menarik perhatian apabila isterinya, Mazlinda Makhzan, menekankan bahawa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri. “Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua,” Mazlinda, seorang bekas majistret, menegaskan. Ketika Abdul Razak memeluknya, beliau berkata: “Begitu teruk. Kekejaman”. Pertanyaan timbul mengapa Mazlinda menyatakan: “Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua”. Laporan lain pula menyatakan Mazlina berkata: “Dia tidak berminat dengan politik. Dia tidak mahu menjadi perdana menteri yang akan datang. Dia orang baik. Dia suami yang baik. Dia sepatutnya melindungi saya. Polis yang melakukannya. Merekalah orangnya. Mereka sepatutnya mempertahankan negara ini. “Sampai hati you all buat dia macam ni. Jangan buat begini kepada dia. Itu kehidupan dia. Mengapa letakkannya ke atas suami saya? Ini kejam, kejam, kejam”. Peguam Abdul Razak, Datuk Shafee Abdullah, pernah dilaporkan sebagai berkata, “Saya yakin sepenuhnya beliau tidak bersalah … beliau tidak terlibat sama sekali”. Kes tersebut semakin menarik tumpuan umum apabila Agendadaily melaporkan, peguam terkenal, Karpal Singh telah menawarkan diri menjadi peguam bagi pihak keluarga Altantuya dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ahli perniagaan dari Mongolia itu secara percuma. Konsul Kehormat Mongolia Di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi memberitahu laman web berita itu bahawa Karpal telah menemui Shaaribu Setev iaitu bapa Altantuya baru-baru ini. Katanya walaupun Karpal kini berkerusi roda beliau akan tampil bersama dua orang anaknya yang juga peguam untuk membantunya. “Shaaribu terima tawaran Karpal itu dan amat berterima kasih kepadanya kerana sanggup menjadi peguam mereka secara percuma,” kata Syed Abdul Rahman.

Broker senjata


Altantuya, yang mempunyai pejabat perniagaannya di Hong Kong, fasih di dalam bahasa Russia dan Inggeris serta boleh bercakap bahasa Peranchis di samping bahasa ibundanya sendiri. Beliau dikatakan seorang broker dalam urusniaga senjata. Abdul Razak pula pernah menarik perhatian umum pada tahun 2002 apabila dituduh mempunyai dengan pembelian kapal-kapal selam yang penuh kontroversi yang melibatkan Kementerian Pertahanan. Beliau didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian itu dan persoalan timbul apabila wujud dakwaan tentang komisyen yang diterima berjumlah 10 peratus dari kos terakhir kapal-kapal selam itu. Abdul Razak banyak melakukan lawatan ke Eropah dan negara-negara Asia yang didakwa sebagai sebahagian dari perniagaannya, menjadi broker dalam urusniaga industri pertahanan.


Bukan kaki perempuan

Mereka yang mengenalinya tidak pernah memperkatakan perkara-perkara yang buruk tentang dirinya. Mereka menyifatkannya sebagai seorang yang urbane (berbudaya tinggi) dan lemah lembut. Para wartawan pula menyifatkannya sebagai seorang yang mudah didekati dan tidak lokek memberikan pandangan. Beliau juga tidak dikenali sebagai kaki perempuan. Setiap Ahad, beliau sering dilihat menikmati sarapan roti canai di restoran dengan anaknya, Rowena, yang sangat dimanjakannya. Malah, beliau sering dilihat menghabiskan hujung minggunya dengan isterinya di Bangsar Shopping Centre yang tidak jauh dari rumahnya di Damansara Heights. Menurut rakannya, beliau ialah seorang berkerja keras dan sangat memanjakan isteri dan anaknya. Malah, beliau dan isterinya dianggap sahabat baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: